http://matcuoi.com hye there . im tyaa chan :* i just can't take my eyes off you ;) Love YOU !

Friday, December 30, 2011

catatan setahun yang lalu .

haluu haluu :*

pejam celik , celik pejam , dah sampai hari jumaat terakhir untuk tahun 2011 .
sedih barangkali , next year umur makin meningkat . makin tua lah jadinya .
dan mengikut apa yang aku belajar , sel2 mula menjalani proses penuaan pabila umur
menjangkau 18 tahun . tua . yaaaaa , tua .
kalau boleh , aku mahu umur aku belasan sentiasa , baru terasa muda .
masa yang pantas berlalu membuatkan aku terasa takod untuk menghadapi kenyataan .
makin meningkat umur , semakin besar tanggungjawab kita .
sedar tak sedar . ianya realiti .

tamadun manusia juga kian berubah .

setahun yang lalu , umpama mimpi apabila dibayangi kenangan zaman silam di bangku sekolah .
saat2 indah zaman remaja yang tidak kenal dunia luar .
terjeruk terperap dalam sekolah . masing2 dengan dunia sendiri .

suatu petang pada tahun 2010 , hujan lebat .
subjek sejarah yang bosan lagi membosankan telah  mangakibatkan sindrom
mengantuk tersebar dengan luasnya . beberapa org sahaja yang masih tekun , mencatat
sesuatu diatas kertas . contengan2 orang lidi barangkali .
sticky note ku rembat dari orang sebelah yang nmpknya memang sangat kronik ngantuknya .
dalam kengantukan , ku catat sesuatu . kemudian ku simpan kemas didalam purse .
fikiran melayang terbang , memikirkan harapan dan cita2 ku setahun akan datang .
what will i be , what will i do , a years from now .


baru-baru ni ,  aku terjumpa kembali catatan lama yang dah lunyai rupanya.
tersemat erat dalam purse lama yang dah berapa bulan aku berhentikan khidmatnya .

catatan setahun yang lalu .... semasa pemikiran aku masih pemikiran budak sekolah .
aku hampir terlupakannya .







baru aku sedar , harapan dan impian aku tak laa sebesar mana .
tapi aku yang tak betul2 berusaha untuk mencapai semuanya .


aku masih belum berlesen , harapan hancur musnah tak dapat asasi kat U , tak belajar masak ,
tak dapat pon nak beli motor (lesen pon tade) , tak dapat bawak kereta , tak dapat simpan duet ,
sebab hajat di haty ingin bertuankan camera idaman (habis duet simpanan) , dan yang paling aku sedih ,
ehem  , xnk cite laa . ada dalm wishlist aku tu . erk , entah apa aku pikir tyme tu .
loo0ser .

yea , baru aku sedar , di penghujung tahun 2011 ini ,  aku masih tak mampu mencapai separuh pun dari harapan aku setahun yang lalu ,
terasa looser . masa yang ada lepas habis SPM dulu , aku tak gunakan sebaiknya .
menyesal sekarang pon dah tak berguna ,
sehari saja lagi dah nak tahun baru . harapan hanya tinggal kenangan :'(
masa aku agak pack sekarang .
macam orang bekerja . penatnya tak payah cakap . hanya yang merasa akan memahami .



aku harap kome tak jadi macam aku .
gunakan masa sebaiknya . chance juz come once in ur life .


sambil memandang sayu catatanku setahun yang lalu ..




tata . selamat tinggal petang jumaat 2011 :'(

Tuesday, December 27, 2011

mammogram :)

haluu haluu :*

hari ni 1st day posting di bilik mammogram .
bilik tu khas untuk kaum hawa sahaja , kaum adam tidak dibenarkan masuk .
kecuali kalau patient lelaki yang datang nak melakukan pemeriksaan tersebut .
tapi jarang-jarang untuk kaum adam
nak tahu ape tu mammogram ?
tnye cik google .. dia lebih mengetahui :P

dengan tiada pengalaman , berdasarkan pemerhatian sahaja .
aku cuba membantu .


sakit . aku yang tak rase pon dapat bayangkan kesakitannya dengan
ekspresi muka mereka . lebih2 lagi yang kena buat biopsis .
keje aku lap darah jelaa time tu . ouch :'(
aku pandang sadis jea . yang kena pulak makcik2 tua .
tak mampu dah aku tgk . sabar jelaa ~


aku harap aku tak kena lah macam tu suatu hary nanti .
tak sanggup rasanyaa .
kaum hawa , jagalah harta dirimu sebaiknya .
sementara kita masih sihat , masih mampu menjaga diri .
jagalah sebaiknya .
kalau dah terlambat , tak dapat den nak tolong .
hartamu itu sangat berharga .


dikesempatan ini , aku nak kenalkan boyfren baru ni ,
yang baru kenal kat hospital tadi . HAHA
Dr. Kimbum ,,


okee . tata :*

p/s : doakan segalanya lancar pada hari kedua posting ^___^
thnx beby .



Monday, December 26, 2011

be strong !!

haluu haluu :*

selamat pagi . pagi isnin terakhir untuk tahun 2011 .
masa berlalu dengan pantas , cuty 3 hary pon
tidak terasa . KL sudah menanti kepulangan ku petang nanti.
rasa malas mula menyelubungi  bila terkenangkan esok aku akan
mula berposting di department x-ray :(
hari pertama , pengalaman pertama , dan kali pertama juga aku akan
mula berhadapan dengan juru x-ray .
*cuak owh !!




yeah , seperti kome2 sekalian , mungkin beranggapan kerja ni remeh jea .
sama seperti aku sebelum memilih bidang ini dahulu . tapi hakikatnya ,
ia tidak semudah yang dijangka .
kalau petient hanya seperti patung tidak bernyawa , ianya tentu mudah .
tapi ianya kerja yang melibatkan nyawa .
ditambah lagi dengan seniority di hospital .
hanya yang mengalami akan memahami .

pengalaman time orientasi mula menghantuiku .
aku harap aku tabah dan cekal .
haty mesty kering . jiwa perlu kental .
yeah , tya , be strong !!


tiada benda yang mudah di dunia ini .
bergantunglah pada diri kita sendiri , bagaimana untuk memudahkankan nya .
semoga Allah memudahkan segala urusan kita ^__^


nobody's perfect .


tata :*



Saturday, December 24, 2011

in da rain :)

haluu haluu :*

selamat malam . hari ni huuujan jea seharian di melaka.
berkat keyakinan dan confident yng tinggi , kami pon duk redah hujan yang
seakan salji itu . cett , mentang2 esok krismas kan , hujan x berhenti dari pagi ,
mcm salji dah.
 vro0m vro0m . 
kanan kiri kami duk cil0ok . aku mula jatuh cinta dengan motor <3

sejukk . best owhhh !
.
.
.
kami meronggeng ke Dataran Pahlawan je .
ehem , nmpknye FB semakin mengarut bro0 . ada yang duk buat page 
"ANTI DATARAN PAHLAWAN" takot gak , kalau2 ade tepek pic aku kat situ kan .
apa masalahnye pong aku ta taw . chill laa bro0 , melawat melaka bererti melawat Malaysia !
nak pi DP pon jadi masalah ke makcik ? haishh =.="
duk leka tengok wayang sampay tak sedar kat luar dah mula mcm ribut salji , 
basah helmet ~
aku kebasahan juga dalam wayang . tangan dan kaki ku mula kebasahan , haishh =.="
masalah berpeluh yg dulu kini kembali !

p . a . s . r . a . h


ehem ,,
act. aku nak usha camera idaman , mane laa taw kod2 lagi murah kat melaka kan ..
P500 36x zo0m 
comey tawu camera ni , geram i tgk .


u geram jugak x  ??

tapi tadi x sempat nak usha , time limit , hujan lagi tuu .
lagi pon , sepanjang laluan aku tadi , x jumpe pulak keday camera .
seolah2 menyorok dariku . cettt , tapee , esok kalau ade mase aku cari lagi kome ye
beware ! HAHA


then , jalan2 sambil usha2 fon untuk adik nami  ,, terjumpa pulok LOMO ni .


LOMO laaaa sangat kan . cam cokia jea pon. haha


tapi aku dah usha benda ni , kat ternet jual mahal kod . RM50+ .
aku sebat RM30 jea tadi . then balik rumah , mulaa laa beriye aksyen depan kkq aku .
tapii , katanyeee ,
membe dia boleh bagi RM20 jeee . cett . penat jea aku korek2 kerek2 tadi taw .
cam mainan pon ade jugak . kalis air katenye , cam yeye jea kan .


aku cam nak buat keychain je camera ni . hehe
tapi sebelum tuu , kene laa makeover sikit kan ,,

lumix tuuuuu , walaupun nampak beno0 menipunyee kan .
haha . baru bergaya !

alaa , murah je , belilaaaa kalau nak jugak ><, hee
*juga terdapat dalam pelbagai warna dan corak ;)


then , terjumpe pulo0k sabrina hilmi n da geng . dengarnya macam ramay jee
clazmate dy yang ekot . 2 ketul jea ponggg ~
syimi and fitri ... juga tidak ketinggalan adiknyaa , sakinah .

p/s : sape2 berkenan silaa klik , disertakan dengan link ^_____^
tepek sikit muka kome laaaaa ,,
alo0lo0 , pujaan Malaya tuuuuuuuuuuu ~~~


hehe , ape2 ponn , aku sukee dapat keluar hari ni .
sejukkk gileee nek moto0 basah2,
terasa cam kat oversea , cam zima yang study kat China tuu !
hehe ^__^ jelez taw .


hehe , okeee , lastly , kredit to nami ! thnx yaw . best jugak merempit , tapi aku takod laa.
hehe :P


okee , tata :*



Monday, December 19, 2011

OKU dalam filem hindustan

salam . haluu haluu :*

dah lama menyepi ni . kecik haty punya pasal .
x payah nak pasan sgt laa tya , xd0 sapo0 pon datang nak pujok den :(
its oke .




ehem , okelah . 
aku terpanggil nak update pasal OKU aka Orang Kurang Upaya pada pagi ni .
sekarang aku layan movie hindustan jea . korea dah jarang dah . 
asek tgk cerita cinta euww euww jea . sekarang nak berubah angin pulak .
"Taree Zameen Par"
maksud ni taktaw laa ape . ehem , tapi yang pasti cerita ni mengisahkan nasib seorang budak
 kurang upaya yang mengalami masalah membaca , menulis dan belajar .
ibu bapa nya tidak faham akan situasi anak mereka  , memaksa anaknya belajar
sedangkan dia bukan insan normal . 
dan yang pasti Ameer Khan yang berlakon . tu yang semangat nak tgk . hewhew XD


sedih , kesian budak tu . cerita tu menyedarkan aku , bahawa meraka juga insan biasa , 
yang mahukan kehidupan yang normal cuma nasib mereka tidak 
begitu baik untuk menjadi normal seperti kome2 sekalian .
kalau yang kurang upaya mental kronik tu , okelah lagi sebab mereka x terasa sangat dengan
liku2 dunia ni . tapii kalau yang kurang upaya fizikal ??
bagaimana perasaan mereka ?? macam mana mereka nak menghadapi hari2 mendatang ??
bukan mereka yang minta untuk jadi macam tu kan ?


ehemm , baru2 ni aku naik LRT dari KLCC nak balik ke stesen University . 
 time tu malam . agak lengang dan banyak sit kosong .
sampai di satu perhentian , ada sorang pakcik masuk , umur dalam lingkungan 30-an .
masuk2 terus pergi ke tempat pemegang LRT sebelah pintu tu . 
aku perhati je dia . patutlah dia tak duduk . buta rupanya , mungkin tak nampak .
act. hari tu ada Comic Fiesta kat KLCC , so ada laa beberapa chineese yang jadi cosplay yang
cecomel dalam LRT tu jugak . menarik perhatian . betul2 belakang pakcik tu .
sibuk bersembanag , tanpa menghiraukan pakcik tu .
sepanjang 5 ke 4 stesen pakcik tu berdiri .
mereka rancak berbual tanpa perasaan simpati pada OKU di sebelah mereka .
terang lagi bersuluh kerusi yang disediakan khas untuk
orang kurang upaya , warga mas , ibu mengandung .
di-highlight kan dengan warna merah .

membazir sticker yang ditampal tu . orang sekeliling juga buat tidak nampak .
ada yang sekadar memandang hambar .

aku yang duduk di kerusi serbasalah , bukan hak aku .
tapi , aku jauh dari pakcik tu . x kan aku nak cross jauh2 , bawak pakcik tu duduk 
kat sit aku . maaf , aku hanya mampu memandang .tak mampu berbuat apa . sepanjang perjalanan 
aku perhati pakcik tu . perasaan simpati dan empati yang tinggi datang .
mungkinkah masih menebal sifat perkauman dalam diri kita ?


kalaulah ada saudara-mara , adik beradik atau anak  senasib begitu ??
kesorangan di kota raya pada malam minggu .
siang dan malam gelap , tiada beza . yea , bayangkan kalau terjadi pada diri anda sendiri .


aku bukan baik . tapi aku juga tak kejam . 
sifat kemanusiaan aku masih tinggi .
cakap , atau menaip sahaja memang mudah , sebab kita tidak merasa .


Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya .
"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Surah al-insyirah : 5-6)

renungan bersama :)

Monday, December 12, 2011

hidup tak selalu indah :')

haluu haluu :*



my words are not worth to say . so i better keep silent .






bye . aku nak tinggalkan belog dengan satu lagu . IF I AINT GOT YOU .
hayatinya dengan sepenuh hati . gud bye peeps .
 jika jodoh panjang kita ketemu lagi :')



 p/s : hidup tak selalunya indah ...

i will missing you 


Friday, December 9, 2011

ombak rindu VS solat ???

haluu haluu :*

akhirnya tercapai jugak hasrat nak tgk ombak rindu .


tyaa , cer komen sikit :
ehem , bagi aku cite ni biase jea . xde laa se-best Johny Eng Reborn ;) aummmm .
oke , adalah part2 yang agak menyentuh perasaan .
tapi , aku tak tersentuh sgt pon . biase jea .
aku lagi suke cerita Tentang Dhia kat Tv3 tu .

dush , marah peminat OMBAK RINDU  ;) heehe
sorry bebyy !



tya , x nangis ke ?? orang len duk heboh cakap cite ni tangkap leleh !!
ehem , agak2 nanges x ? ada laaa berlinang sikit air mata . dan bukan laa
sebab cite tuu sedih manaa pongg . aku agak berhalusinasi dengan memory lampau aku
time tgk cerita tuuu . *aku rasa mostly yg nanges pon sebab teringat kisah cinta euw euw 
mereka dulu-dulu jugak .



okelah .. act.
nak habaq siket ni ...
 aku rasa , tak berbaloi laaaa semata-mata nak tgk OMBAK RINDU tuu 
sampai ada yang sanggup meninggalkan solat .
sebab solat itu yang membezakan seseorang muslim dan orang kafir .
mostly muslim kot dalam hall tu , sebab cite tu pon takde subtitle Eng.



ini berdasarkan apa yang aku lalui dalam hall cinema td lah kan ,
cinema start 6.45 then , sampai laa pukul 9.00 kot baru habis . dengan jelasnya 
cite tu akan melangkaui waktu solat maghrib .
dan aku jamin, semua orang tahu kan , yang cite tu duration dalam 2 jam .
.
.
.
.
bagi akulah , apa salahnya kalau masuk lambat siket untuk tunaikan kewajipan kita sebagai 
seorang muslim . lagipun , 10 minit awal tu kan iklan .
tapi apa yang aku nampak tadi , hanya beberapa manusia saja yang masuk lambat dalam cinema 
untuk solat terlebih dahulu . kalau perempuan yang datang bulan tu , boleh laa
dikecualikan . tapii yang lelaki2 tu , datang bulan jugak kee ?
or musafir ke ? rasanya semua melayu kod yang tgk cite tu tadi .


sebesar-besar hall tu , tak sampai 1/6 pon yang pergi solat .


hebat sangat ke cerita ni sampai solat tu diketepikan ??
aku tau , tiket sold out jea  memanjang sampai perlu beli tiket sehari atau 2 hari awal kalau 
nak tengok . susah payah nak dapatkan tiket rite ?
dan harga tiket dekat mid vely tu agak mahal laa jugak .
tapi , rasanya tak berbaloi kalau obses nak tgk cerita tu sampai sanggup ketepikan
perkara yang wajib . 


okelah , maybe bab2 solat ni agak sensitif . sebab kita ni datang dari pelbagai 
latar belakang . semuanya bergantung pada iman masing-masing .
aku jugak bukanlah baik sangat nak cakap pasal perkara ni . aku hanya 
nak beringat-ingat kan pada para pembaca .
jadikan solat sebagai perkara utama , kerana solat akan menjadi perkara pertama
yang akan disoal ketika dibangkitkan semula kelak .


10 minit awal dalam cite tu tak dapat tgk pon tak menyesal sabab masih ada 1jam50 minit
berbaki untuk tangkap feeeling :)
lagipon sekarang kan dah buleh donlod movie ombak rindu free ??
hewhew XD


yang masih x dapat beli tiket , jgn duk meroyan sangatlah , jangan nak sedih2 , duk frust 
menonggeng . baca novel Ombak Rindu tu lagi feeling kot . 
bukan cite ni jea , cite len pon same gak .



kalau Allah nak turunkan bala , satu mid vely boleh kene tempias , nauzubillah .
moga2 dijauhkan .



 # maaf kalau ada sesiapa yang terasa , hanya peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca ^__^




fullstop

Tuesday, December 6, 2011

bernafsu berombak rinduu ><,

haluuu haluuu :*


hampir bersawang . fuhh fuhhh .
bersih juga . berapa dekad x update . *nampak benau menipu 

kemalasan melanda . mo0d hilang sentiasa .

tadi pergi ke mid vely , membawa harapan setinggi gunung bersama yaya .
seperti ku duga .
tiket ombak rindu itu sold out lagi .
jam 5 aku tiba di kaunter  , tiket 7.15 dan 9.15 dah habis .
damn !!


tinggal tiket mid nite sahaja . 
hampa . hot nye cerita tu , kalah goreng pisang panas ,. 

aku ni , lagiilahh , bertambah-tambah HOT nyeee .

sabar .

lantas 7 tiket ku beli untuk hary khamis . 
lantak pii  lahh apa yang ade hary khamis tu , akan kuredah sajee .
semoga kelas x berlarutan sampai menggangu waktu aku
menonton movie ! 
nampak x betapa beriye , bersungguh gile vavi aku nak tgk cite uh ??


ada apalah sgt laaaaaaaa cite tu ??

kalau nak dibandingkan Aron aziz nan Kimbumbumbum aku ni ,
jelas gilaa perbezaan nya !!
abe kimbummbummbumm lagi comeyyy .

tapi aku taw , probability nak jumpe kimbum adalah 0.000015% , 
berbanding dengan Aron Aziz 0.1% .
mane lah tawu kot2 boleh terserempak abe Aron kat Mid kee ,
x pon datang hospital PPUM kee , nak melawat Ummi Tya .
kahkahkah XD *prasan gileeeeee


ehem , sekurangnyee ade jugak harapan kan  ~ 


apa2 pon , cite tuuu sangat2 HAWT kat Mid Vely, memey tade harapn nak
tgk kalo0 x bo0king tiket 2 kee 3 hari awal . 
yeahh , tya sokong orang melayu !!
sokong filem melayu *tetibe
aww aww ^___^ 




btw , thnx laaa abang kaunter yea ,
bagi kalender 2012 free ;)
nak amik hati lettew . 


emm , tapi org ni tak berapa nak kreatiff , letak laa pic memberansangkan kat
kalender tuuuuuu , 


see , after make over . 
baru bernafsu sket nak tgk kalender ! HAHAAHAHA



kaw ade ?? 

Wednesday, November 30, 2011

semoga memahami

haluu haluu :*
selamat petang . ehem , esok tibalah hari yang 
mendebarkan . sangat berdebar bagi student kolej radiografi UMMC sebab 
esok result keluar . 
kenapa mesti nak takod ?

ehem , sebab ade result yang terbang jauhhh , melayang .. perlu repeat .
adakah aku ? mintak2 dijauhkan .
otak aku masih belum bersedia kalau kene repeat dan
perlu menghafal semula nota2 sem lepas =.=
ibarat nak amik semula paper BIO SPM jea rase . 
demi menghilangkan debaran stress yang terasa , kitaorang pon pakat
laa ramai2 men bola sepak . tapi bola sepak versi lambung2 .
co0l giller . pegang bolaa jea dah taw group aku akan
menang :) *muka kerek . padahal xde sape menang pon :P



ehem , ehem
kenapa dengan tangan kat atas ni ?
act. kalau sesiapa ada masalah tangan berpeluh macam aku ni , 
xkan dapat lukis mural secomel ni kat tangan , sebab tangan 
akan sentiasa sweating . cat pon tak lekat .

ehem , act, aku mengalami masalah tangan berpeluh . then disebabkan free pagi tadi ,
aku dah syida <----(clazmate) decide nak dapatkan rawatan kat skin care .
p/s : aku duk hospital , ubat di hujung jari . jangan jeles ;)

tapi beberapa hari ni , tangan aku dah berhenti sweating . 
dan jadi licin , x taw lah kenapa . mungkin kurang ransangan hormon . 
semenjak ni pon , hormon gatal aku dah lama x merembes .
 kebetulan , semasa jumpa doktor pagi tadi , tangan aku sekering - keringnya .
puas aku cuba peluhkan tangan aku , tapi x berhasil .
jadi hasilnya , doktor pon kurang pasti dengan keterangan masalah yang aku alami .
sedih .


kata doktor , masalah ni takda ubat melainkan pembedahan dekat spine .
muka doktor tu paling x boleh belah , sambil tunjuk tulang belakang dia ,
dan buat muka sakit yang paling annoying . yea , aku tawu , kalau operation kat spine sakit ,
dan kalau silap , boleh lumpuh .



dan paling menyedihkan , doktor tu kata , ni simptom biase kalau
dalam keadaan gemuruh , nak exam .
mungkin tidak percaya akan kenyataan aku , sebab tangan tengah kering time tu .
hakikatnya , aku sahaja yang tahu penyeksaan ini .
basah . muka surat dibuku2 boleh terkoyak akibat kebasahan ini .
okelaaa , takpee , aku paham , ada ramay lagi patient yang menunggu di luar
untuk mendapatkan rawatan , jika dibandingkan dengan aku yang mengalami 
ketidak abnormalan yang minority ini . siapa sahaja yang kisah ?


untuk ambil hati aku , dia pun meminta aku ke bilik sebelah untuk membuat 
pemeriksaan darah . untuk pemeriksaan haemoglobin katanya .
katanya , tiada ubat yang dapat diberi .
sambil merungut2 , staff nurse mengambil alatan untuk mengambil darah .



sekali cucuk 
tidak berjaya



dua kali cucuk 
tidak berjaya




darah tidak mahu keluar dari urat-urat halusku , mata ku pejam seeratnya .
sakit
aku pasrah sambil menghulurkan tangan kanan ku pula .




dan kali ketiga 
berjaya

berlumba-lumba , memancut-mancut darah keluar , dan dengan 
involuntary action , tangan aku mula berpeluh-peluh .
ikutkan haty , aku nak lari ke bilik sebelah , nak buktikan pada 
doc tu .



sambil menjeling ke arah ruangan menunggu , aku dicide untuk balik sahaja .
yaa , masih ramai manusia sakit menunggu diluar .
mereka lebih memerlukan rawatan berbanding aku .
dan , doc lebih tahu apa yang perlu dilakukan , aku hanya berlalu pasrah .
setiap yang berlaku ada kebaikannya .
.
.
.
.
.
.
.
bukan ku pinta ini semua terjadi . hanya yang mengalami lebih mengerti .



fullstop

Friday, November 25, 2011

apakan daya , jodoh tiada :'(

haluu haluu 

mo0d hary ni , berkabung . buah haty sudah jadi milik orang :'(
sedih nyaa . langit pon seolah faham akan perasaanku .

sejak f0rm4 mula berkenalan . aku sangat bersungguh menabung  untuk
memilkinya , kerana ekonomi aku tidak begitu baik ketika itu .
Aku dikenalkan oleh rakan ayahku di
Hang Tuah Mall , Melaka , pada tahun 2009
*p/s: jom melawat melaka !


tubuhnya yang agak slim , dan tidak terlalu gemuk , berjaya menambat hatiku .
pada ketika itu , dy jual mahal , sebab katanya , terhangat dipasaran .
selepas beberapa jam usha2 , at last , aku berjaya memilikinya .



aku redha dan pasrah Ya Allah . mungkin ada hikmah di sebalik pemergianmu ini .




ini adalah gambar saat2 terakhir bersamanyaa ,
bahagia jea muka yaya kat sebelah tu dapat bergambar bersamanya :)
.
.
.
.
.
.
.
.
lihat ! dia sedia menanti di sebelah sementara aku menjamah mee kari ,,


sweet x ? hehe ^______^
 dari malam tadi dah dapat mimpi yang ko akan mendapat tuan baru .
tapi , aku tak sangke , begitu tragiknya kehilangan kaw wahai hp , buah hatyku <3
engkau boleh hilang dalam fitting ro0m , ishhh =.=
siapalaah yang ambil kau yea , walaupun rupa mu hodoh , badan kuro0s , 
dan tak gebuuu langsunggg ,,
tapi masih ada yang mahukan .



aku sangat suka tubuh mu yang kuruss , memudah kan aku untuk menyelit-nyelit 
dan membawa kau ke mana2 .
.
.
.
.
thats y laa aku menggunakan kau , walaupun aku still ada lagi 1 BB gemukk ni,
tapii , aku dah bagi adik aku guna , nak mintak balik , cam kesian pulak rase .
dah sebati agaknya si BB gemuk ni dengan adik aku .
*siap buat BBM name dy ! padahal hp aku =.="


takpeelaaa , ngomongnyaaa , lepas ni , kene bli hp baruulah .
lagi pon alaun dah masuk $_$


# nasib baik dah buat pin no. kat sim , tapii yang aku duk risaw bebenau ni ,
memory aku dalam tuuu . banyak pic2 sensored yang tak boleh dilihat .
pic yaya lebih2 lagiiii , aduhhhh . risaw =.="
thats y laa aku tak pernah nak bagi sape2 orang bukan muhrim nk pegang hp aku :(
hehehee


takod , ada yang tak bertanggungjawab letak kat FB kee , kat belog kee pic2 
aku , tak pasal2 dah femess sgt nty . maluuu laah . HAHA . puihh , pasan ko tya !
okeelaaa . aku hanya dapat berdoa supaya takde kejadian2 x diingini berlaku .
apa2 pon , setiap yang berlaku ada hikmahnyaa kan .



peringatan untuk anda2 , jangan simpan pic2 private dlm hp . kalau kne curik kee , 
risaw bebenau nanti jadinyaa . 
*macam aku sekarang ni . 
manusia sekarang macam2 perangainyaa . moga2 dijauhkan dari perkara2 
yang tidak diingini .





im gonna miss u dear :*



selamat tinggal , jodoh kita tak berapa nak panjang ~ http://matcuoi.com 

Wednesday, November 23, 2011

bayangan semalam

haluu haluu :*

selamat mlm . beberapa saat lagi nak pagi dah ........... okee . dah pagii ~
morning , 
mulakan hari dengan senyuman ^___^
setelah beberapa lame terperap di rumah , at last dapat jugak aku keluar , tgk dunia luar ;)

thnx nami , nice day yaw !! clazmate aku  ,, a.k.a bakal radiografer .
kuikuikui ^____^

p/s : heleeeeee2 . bajet comell lettew . haha

seperti yang ko duga , memey nak letak pon pic ko dalam blog , biaq
feymess sikit romeo kita ni ^__^
nak kenall ?? klick here ---> romeo



pergi JJ , tgk immortal , pheuwwwwwwwwwwww ,
kepingin sgt nak tgk movie dah aku ni .
ehem , cerita ni okee laa , agak ngerii , thats y laa 18sx .
bab2 lucah kurang laa , yg ngeri2 tu banyak . hewhew
kalo x , mer0yan dah nami uhh . kahkahkah XD
ingat lps tu nak smbung lg 1 muvie , tapii dah lambat . ngomongnyaa , maghrib
laa baru sampy rumah . ayahnya menunggu nanti . waduhhhhh =.="

blame nami sbb lambat !!!!! ;) 


then ke DP , sebab aku teringin sgt2 nk makan a&w . yess , sgt2 teringin .
kalah orang mengidam tawu ??

tapii . tapii . tapii
x sesedap yang aku bayangkan . emm , dulu rasa sedap heaven lahhh a&w tu, 
kali ni biase2 jea . kenapa yea ??
dah tukar resepi kee ??
abe banglaa ke buat burger kat belakng tu ?? =.= haishh

ehem , maybe sebab duluu aku pergi dgn org lain kot :'( sobb sobb .

how much i miss it :') 





nasib baik dah petang , x sempat ke pantai  dataran 1 Malaysia .
nampak sgt aku rinduu kenangan maniss aku dulu2 kan . kan .
tya kembali mengumpul kembali memory2 lamaa .
sebelum aku balik KL , sajee  , imbau kisah2 silam ni .
lepas ni , entah bilaa lah nak balik dah . there's nothing left .

kenapaa susah sgt nk lupakn niiii ??
kenapa ??
kenapa ??
tolong bagii jawapan plezzz ~
wuwuwuwu :'(





damn !
cepat2 laa masa berlalu , then , i can be far , far away from 
this "historical" place . 
dengan harapan , lagi jauhh , lagi cepat aku dapat lupakan ,,
lagi kuat aku dapat bertahan ..



# historical place ! yeah , melawat melaka bereerti melawat malaysia .
moh laa kite ke melaka ;) hehe *tetibe promote melaka gituuuu ;) aww aww



hakikatnya aku masih hidup dalam bayangan semalam ~


dah laa . mlass nak layan feelin2 jiwang . parah nanti .

# hate this feeling !!




p/s : btw , thnx nami , nice day  (:   



fullstop


Sunday, November 20, 2011

travell !!

haluu :*

aku sekarang mo0d tumblr jea .
bosan nyahh . hampir depression ni . heee
layan tumblr tenang sikit .
cuty x bawak balik buku memey camni laa. hehe :P

jom layan sekejap ~


inspiration ...


ehemmm . i luv travel . suka berjalan . suka advanture <3
kalau boleh , nak pergi pulaw , then lost . baru rasa nikmat hidup ^__^ haha
dan aku x kisah pon kalau balik sensorang naik lrt dari ppum ke TBS .
baru advanture sikit , banyak transit2 . huhu 




aku act. jarang dapat keluar malam walaupun hakikatnya aku sangaaat suka taw.

hayati keindahan kota pada waktu malam .
kalau dekat KL bebas sikit , tapi kalau kat rumah , ayah ada .
pepaham jelaa XD hehe






aku sukaa sangat main gitar ,,
walaupun hakikatnya aku taw main lagu hepy bezday je .
next sem aku nak blaja lagii . then jangan xkeruan sangatlaa kalau tgk macam macho0
je dak tya main gitar . hehe :D







its weird rite ??
but weird makes u beauty ;) tya suke sneakers tawu ?? heehe
travel with sneakers . c0oll kan ^___^






then aku suka pulaw . dah lamaa rasanya tak pi pulaw .
hope sangat2 trip kolej diz year pergi pulaw . best sikit .
ehemm , nanti third year , aku kne posting luar negeri taw , then 
aku ingat nak stay terengganu . best sikit , banyak pulaw . huhu


how much i miss thiss :')  err , tak nampak muka pulak . huhu ^__^
*peace (^_^)V




hakikatnyaaa dalam hidup ni penuhh dengan harapan dan impian ,
setinggi eiffel tower taw ;)
*i wish can be there :)

#bergantunglaa pada indivudu tersebut , mcam mana nak memenuhi impian  
masa remajanya . hidup ni kalau flat jea pun , x rasa nikmatnya kan ?
s0o , warnailah ia sementara masih ada kesempatan .

hakikatnya aku duduk kat hospital . then setiap hari akan nampak
manusia yang sudah tidak berkemampuan , lemah , even tidak mampu
untuk makan sekalipun .
bahkan ada yang hanya menunggu masa ..

bersyukur pada Allah kerana kita masih mampu dan berpeluang
untuk memenuhi impian dan cita2 ramaja ini , hakikat sebenar ...
beberapa tahun lagii , nasib kita akan sama dengan manusia2 itu ~
*motivasi pada diri untuk jadi lebih baik :)

# masa yang ada ni , kita hayatilah keindahan ciptaan tuhan , so0oo

moh laa kita travel !!

 # kata orang , hidup ni , cuuuma sekali ,
so0 , kita ENJOYYYY !!!http://matcuoi.com



fullstop 

Friday, November 18, 2011

nothing ~

haluu haluu :*


yea . selamat petang . buat adik2 yang dah habis skull tu 
tahniah laa .
berbahagialah andaa di musim cutii skolah ni ;)

abang2 dan kakak2 pulak dah habis cuti sem .
erk . tapi cuty sem aku masih berbaki seminggu lagi .
im juz wondering , hapee nak buat lagii sminggu ni =.=

terima kasih yang sudi calling2 i , takdelahh depression sgt rase .

ehemmm . siyez laa aku b0san giler laaa cuty ni . nak pi jalan , takde lesen .
adik pi skola , dah habis skolah nak pi rombongan pulak .
parents keje . so0 , jadilahh aku mrs. forever alone kat rumah .
kesian kan kat aku ??



*pic sekadar hiasan , buat siapa2 yang ade duk teringat kat aku XD
kalau lah ade .






kome2 sekalian ~
yang dah habis skull tu , manfaatkanlah cuty anda sebaiknyaa .
blogging 24/7 ?? its up to u ~






tid0oo dan tid0oo dan bina badan ??  sure di akhir cuty akan jadi pandaa ,
haiyyyaaa ~ http://matcuoi.com
 mata lebam ,, badan pon cam pandaa nanti 






bermain dengan haiwan peliharaan ??  meoww meowww ~






bermain dengan anggota badan ?? erk ??


okee whut ! dari duk melopong jea cam aku ni ,, ade jugak benda nak buad kan !
http://matcuoi.com meowww . meoww .


okee lah . nothing to do actually .
nothing to say .
nothing to type anymore  .


thanx feeling , make me fell nothing .... http://matcuoi.com
fullstop