salam . haluu haluu :*
dah lama menyepi ni . kecik haty punya pasal .
x payah nak pasan sgt laa tya , xd0 sapo0 pon datang nak pujok den :(
its oke .
ehem , okelah .
aku terpanggil nak update pasal OKU aka Orang Kurang Upaya pada pagi ni .
sekarang aku layan movie hindustan jea . korea dah jarang dah .
asek tgk cerita cinta euww euww jea . sekarang nak berubah angin pulak .
"Taree Zameen Par"
maksud ni taktaw laa ape . ehem , tapi yang pasti cerita ni mengisahkan nasib seorang budak
kurang upaya yang mengalami masalah membaca , menulis dan belajar .
ibu bapa nya tidak faham akan situasi anak mereka , memaksa anaknya belajar
sedangkan dia bukan insan normal .
dan yang pasti Ameer Khan yang berlakon . tu yang semangat nak tgk . hewhew XD
sedih , kesian budak tu . cerita tu menyedarkan aku , bahawa meraka juga insan biasa ,
yang mahukan kehidupan yang normal cuma nasib mereka tidak
begitu baik untuk menjadi normal seperti kome2 sekalian .
kalau yang kurang upaya mental kronik tu , okelah lagi sebab mereka x terasa sangat dengan
liku2 dunia ni . tapii kalau yang kurang upaya fizikal ??
bagaimana perasaan mereka ?? macam mana mereka nak menghadapi hari2 mendatang ??
bukan mereka yang minta untuk jadi macam tu kan ?
ehemm , baru2 ni aku naik LRT dari KLCC nak balik ke stesen University .
time tu malam . agak lengang dan banyak sit kosong .
sampai di satu perhentian , ada sorang pakcik masuk , umur dalam lingkungan 30-an .
masuk2 terus pergi ke tempat pemegang LRT sebelah pintu tu .
aku perhati je dia . patutlah dia tak duduk . buta rupanya , mungkin tak nampak .
act. hari tu ada Comic Fiesta kat KLCC , so ada laa beberapa chineese yang jadi cosplay yang
cecomel dalam LRT tu jugak . menarik perhatian . betul2 belakang pakcik tu .
sibuk bersembanag , tanpa menghiraukan pakcik tu .
sepanjang 5 ke 4 stesen pakcik tu berdiri .
mereka rancak berbual tanpa perasaan simpati pada OKU di sebelah mereka .
terang lagi bersuluh kerusi yang disediakan khas untuk
orang kurang upaya , warga mas , ibu mengandung .
di-highlight kan dengan warna merah .
membazir sticker yang ditampal tu . orang sekeliling juga buat tidak nampak .
ada yang sekadar memandang hambar .
aku yang duduk di kerusi serbasalah , bukan hak aku .
tapi , aku jauh dari pakcik tu . x kan aku nak cross jauh2 , bawak pakcik tu duduk
kat sit aku . maaf , aku hanya mampu memandang .tak mampu berbuat apa . sepanjang perjalanan
aku perhati pakcik tu . perasaan simpati dan empati yang tinggi datang .
mungkinkah masih menebal sifat perkauman dalam diri kita ?
kalaulah ada saudara-mara , adik beradik atau anak senasib begitu ??
kesorangan di kota raya pada malam minggu .
siang dan malam gelap , tiada beza . yea , bayangkan kalau terjadi pada diri anda sendiri .
aku bukan baik . tapi aku juga tak kejam .
sifat kemanusiaan aku masih tinggi .
cakap , atau menaip sahaja memang mudah , sebab kita tidak merasa .
Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya .
"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Surah al-insyirah : 5-6)
renungan bersama :)
sedih .. sob3 .. :(
ReplyDeletesedihh ?? huhu tacing ! boleh geng laa adell , tgk hindustan same2 . HAHA XD
ReplyDelete