haluu haluu :*
selamat petang . ehem , esok tibalah hari yang
mendebarkan . sangat berdebar bagi student kolej radiografi UMMC sebab
esok result keluar .
kenapa mesti nak takod ?
ehem , sebab ade result yang terbang jauhhh , melayang .. perlu repeat .
adakah aku ? mintak2 dijauhkan .
otak aku masih belum bersedia kalau kene repeat dan
perlu menghafal semula nota2 sem lepas =.=
ibarat nak amik semula paper BIO SPM jea rase .
demi menghilangkan debaran stress yang terasa , kitaorang pon pakat
laa ramai2 men bola sepak . tapi bola sepak versi lambung2 .
co0l giller . pegang bolaa jea dah taw group aku akan
menang :) *muka kerek . padahal xde sape menang pon :P
ehem , ehem
kenapa dengan tangan kat atas ni ?
act. kalau sesiapa ada masalah tangan berpeluh macam aku ni ,
xkan dapat lukis mural secomel ni kat tangan , sebab tangan
akan sentiasa sweating . cat pon tak lekat .
ehem , act, aku mengalami masalah tangan berpeluh . then disebabkan free pagi tadi ,
aku dah syida <----(clazmate) decide nak dapatkan rawatan kat skin care .
p/s : aku duk hospital , ubat di hujung jari . jangan jeles ;)
tapi beberapa hari ni , tangan aku dah berhenti sweating .
dan jadi licin , x taw lah kenapa . mungkin kurang ransangan hormon .
semenjak ni pon , hormon gatal aku dah lama x merembes .
kebetulan , semasa jumpa doktor pagi tadi , tangan aku sekering - keringnya .
puas aku cuba peluhkan tangan aku , tapi x berhasil .
jadi hasilnya , doktor pon kurang pasti dengan keterangan masalah yang aku alami .
sedih .
kata doktor , masalah ni takda ubat melainkan pembedahan dekat spine .
muka doktor tu paling x boleh belah , sambil tunjuk tulang belakang dia ,
dan buat muka sakit yang paling annoying . yea , aku tawu , kalau operation kat spine sakit ,
dan kalau silap , boleh lumpuh .
dan paling menyedihkan , doktor tu kata , ni simptom biase kalau
dalam keadaan gemuruh , nak exam .
mungkin tidak percaya akan kenyataan aku , sebab tangan tengah kering time tu .
hakikatnya , aku sahaja yang tahu penyeksaan ini .
basah . muka surat dibuku2 boleh terkoyak akibat kebasahan ini .
okelaaa , takpee , aku paham , ada ramay lagi patient yang menunggu di luar
untuk mendapatkan rawatan , jika dibandingkan dengan aku yang mengalami
ketidak abnormalan yang minority ini . siapa sahaja yang kisah ?
untuk ambil hati aku , dia pun meminta aku ke bilik sebelah untuk membuat
pemeriksaan darah . untuk pemeriksaan haemoglobin katanya .
katanya , tiada ubat yang dapat diberi .
sambil merungut2 , staff nurse mengambil alatan untuk mengambil darah .
sekali cucuk
tidak berjaya
dua kali cucuk
tidak berjaya
darah tidak mahu keluar dari urat-urat halusku , mata ku pejam seeratnya .
sakit
aku pasrah sambil menghulurkan tangan kanan ku pula .
dan kali ketiga
berjaya
berlumba-lumba , memancut-mancut darah keluar , dan dengan
involuntary action , tangan aku mula berpeluh-peluh .
ikutkan haty , aku nak lari ke bilik sebelah , nak buktikan pada
doc tu .
sambil menjeling ke arah ruangan menunggu , aku dicide untuk balik sahaja .
yaa , masih ramai manusia sakit menunggu diluar .
mereka lebih memerlukan rawatan berbanding aku .
dan , doc lebih tahu apa yang perlu dilakukan , aku hanya berlalu pasrah .
setiap yang berlaku ada kebaikannya .
.
.
.
.
.
.
.
bukan ku pinta ini semua terjadi . hanya yang mengalami lebih mengerti .
fullstop