http://matcuoi.com hye there . im tyaa chan :* i just can't take my eyes off you ;) Love YOU !

Tuesday, October 29, 2013

bourgenvilla yang kian usang



haluu haluuu :*

throwback . . . 



Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu

Bila villa menyepi
Kenangan pun bertamu
Wajahmu menikam memperlahankan waktu
Aku pun hilang arah
Kerna di sini bermula cintaku padamu

Akukah yang keseorangan ditimpa percintaan
Janji manisnya yang mendera
Berikan kesempatan bukannya hukuman
Akan ku pastikan
Cinta ini

Andai dibiarkan ia usang
Diterangi malap pula
Akan tinggal bayang kekosongan
Terserahlah kepadamu

Atau ku biarkan ia usang
Ditemani unggas malam
Tinggal tiap kenangan tenggelam
Bersamamu selama-lamanya



hurmm :/










Tuesday, October 22, 2013

exam mood turn on

haluuu haluuu :*



kadang2 best tengok  ikan ni . boleh berenang bebas , pelbagai style dan gaya .
tapi sebenarnya dyorang terkurung , dalam bekas kecil di atas darat .


mesti ikan2 ni ada perasaan nak bebas ,
 nak jadi macam burung boleh terbang tinggi di langit indah .




hurm, 
selak2 nota, termenung . 
pandang luar tingkap, lagilah fikiran melayang.
melayang tak nak kembali pulang  .
fikir apa pun tak tau lah .
final exam aku akan start esok . 
1 hape tak study lagi . 
mohon esok exam senang lah *kata2 penyedap hati 
mohon rakan2 mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan .
susah ke senang, 1 je harapan aku .
cepat2 lah berakhir semua ni .
makin lama makin hilang dah semangat . 
hilang bersama masa lalu . 
nak lari, tapi terikat .
nak hadapi tapi tak semangat .
nak tak nak kena habiskan jugak .

Ya Allah, berilah kekuatan . 
hapuskan penat lelah ini. agar aku mampu habiskan semuanya.


maaf jika ada mengguris hati dan perasaan sesiapa .
halalkan segalanya .
hapuskan segala kenangan lalu yang menyakitkan .
mari bersama kita bina hidup baru .
hidup yang suci, tanpa dosa lalu .

forget what hurt you in the past, but never forget what it taught you

selamat maju jaya .
semoga berbahagia dengan hidup baru ini . 










Tuesday, September 17, 2013

i'm titanium


                                                     

                                                        haluu haluu :*  

                                                     You shout it out,
                                            But I can't hear a word you say
I'm talking loud not saying much
I'm criticized but all your bullets ricochet
You shoot me down, but I get up


I'm bulletproof, nothing to lose
Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away
You shoot me down but I won't fall
I am titanium
You shoot me down but I won't fall
I am titanium


Cut me down
But it's you who'll have further to fall
Ghost town and haunted love
Raise your voice, sticks and stones may break my bones
I'm talking loud not saying much   


I'm bulletproof, nothing to lose
Fire away, fire away
Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away
You shoot me down but I won't fall
I am titanium
You shoot me down but I won't fall
I am titanium


Stone-hard, machine gun
Firing at the ones who run
Stone-hard as bulletproof glass




im titanium :')


Tuesday, June 18, 2013

yuuuuuuuuu

haluuu haluu :*


 "You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you (I want you, I want you) "



http://matcuoi.com
please be romantic ><, kehkeh







Saturday, June 15, 2013

last nite ;)

haluu haluu :*

cuti sem i dah bermula . tapi dua minggu je laa, as usual  .
hurm, naik sem baru ni i dah final year . OMG OMG OMG >,<
tak suka sangat sem ni . banyak sangat musibah :(
why baby why ??
exam aku pon tak berapa nak okay act. :'(
dengan probs kawan2 lagi .
takpelah, maybe ada hikmah apa yang berlaku ni . juz be strong tya .


btw, malam tadi berlangsungnya dinner kolej sains kesihatan PPUM .
*nama baru gabungan ketiga2 kolej 
dangg, jadi minoriti memang tak best :( 
tapi alhamdulillah , semuanya berjalan lancar . 
thanx to shezy, as a leader of audio visual and multimedia AJK.
shezy sangat berbakat  *bodek2  . kehkeh


dari pagi (8.00 am) sampai ke pagi (1.30 am) kat hotel tu .
penat nya tayah ckp laa -,- tired to death .
dalam bas, kami kepengsanan . nasib baik ada orang kejut, ckp dah sampai .
makanan pulak , untuk meja reserved tak cukup.hampehh.makan je laa apa yang ada .
nasib baik kepenatan melebihi kelaparan aku . kalau tak, kat situ gak aku meroyan 
nak makanan . kehkeh


hurm , gambar pon tak banyak dapat amek , busy siket  . 

ini shery , my gurlfren :*


ini pulak lutfi .

ada rupa kimbum tak dia ni ? haha 
(^^,)V 

okaylah , sampai sini saja . penat travel dari PJ ---> Melaka seorang diri tadi.
dengan beg2 nya yang berat nanang . 
dangg, terkehel clavicle i . tapii sabor jelaa . i am tough ;)

okaylaa , gtg now .
psst psst , sabtu ni i nak travel ke terengganu pula . perhentian island dah 
memanggil-manggil ;) come join us !!




nite , tata :* 




Saturday, June 1, 2013

gud bye May

haluu haluuu :*

welcome june .
another two weeks before holiday . ho0yeah 
(^^,)
last day posting hari jumaat , dari pagi aku n halim sibuk kira masa
berapa jam lagi nak habis posting untuk sem ni .
haha , so0 funny .
dah nak masuk final year dah . time flies like an arrow, and im getting older :(
btw,
sem ni yang terakhir pergi HTAR , teringat masa 1st time melawat HTAR dulu .
kejap je masa berlalu .


gud bye capital H :') im gonna miss u . ada jodoh kita jumpa lagi . 
*whisper to someone at HTAR :P


btw,
this gonna be a good start for this june .
thnx for this . al - quran rainbow idaman :')


really appriciate it . cantik . semangat nak baca Quran lepas ni :P
thnx again.

owh, cepat2 lah masa berlalu . cepatlah study week, cepatlah exam week .
tak sabar dah nak pi berenang kat pulau ><,
perhentian island, wait for us ! huhu
.
.
.
.
btw, aku masih menunggu sesuatu yang tak pasti :'(
mana kau ?
??
?


Sunday, April 28, 2013

untuk orang Melaka

haluu haluu :*

malam yang sepi pi pi . pakmat jual topi pi pi .
yang len sambung sendiri . 
alone, depan lappy . yang len kat rumah ni semua dah terbongkang .
penat mungkin ? atau mungkin keadaan cuaca kat melaka yang panas terik siang tadi 
buat semua orang letih ? mungkin  ??

btw, last friday, aku, shezy and mera ke melaka . terkedek2 pi TBS maghrib2 tu ,
then bila sampai,
ramai pula yang beratur nak beli tiket di kaunter. arghh, stress .
shezy bagi option untuk beli tiket guna mesin on9 di sudut kaunter tu.
aku tak pernah guna, so0 , jakun2 pi laa bli tiket balik ke melaka , lalu Alor Gajah .
sambil2 tuu, aku belajar laa jugak nak guna mesin tu . simple . easy . 
*dalam hati puji2 shezy, pilihan bijak guna mesin ni .

10.30 pm :
sejam setengah kemudian, sampai laa ke terminal alor gajah .
agak maju sekarang ni. *sambil dalam hati puji2 laa bus ni cepat betul sampai ,
lagi setengah jam sampai melaka sentral laa ni . shezy pon drop kat situ . and half dari 
passanger dalam bus tu pon turun jugak .

then bus teruskan perjalanan dari AG sentral . jalan punya jalan .
aku rasa lain macam . sebab kenapa aku tak nampak bangunan2 pon. kampung2 je sepanjang perjalanan.
aku tercari2 laa Tesco Cheng, sebab mera nak drop kat situ .

11.30 pm :
ehh , len macam kekampungan jalan ni . tak boleh jadi .
text shezy, dia ckp dari AG nak ke Melaka Central bnyk jalan, so0, maybe driver amek option jalan
kampung2 ni kot. okay takpe, duk relax lagi.
then, tetibe aku tersentap maknak . bus ni park depan Terminal Bus Masjid Tanah .
ternganga aku time tu . semua orang turun , kecuali aku and mera . 
damn, sampai masjid tanah dah ni, dari umah aku jauh . 45minit boleh jadi.
cakap nan driver , dia decide nak hantar kami ke Kelemak la pula . 
aku tataw nak buat apa, mera orang Kelantan, lagi lah tataw pape pasal melaka . aku rasa mcm 
pernah dgr je nama Kelemak ni, so aku setuju jelaa . *act aku tataw kat mana pon tempat tu.

separuh perjalanan, makcik mera call , suruh drop jea kat memana tepi jalan tu.
driver drop depan pizza hut yang dah tutup , tapi masih berlampu . tunggu punya tunggu ,
dah nak pukul 12 . peh peh , mak dah bising2 kat rumah .
demi taknak menyusahkan sesiapa, aku pon tumpang laa bermalam di rumah makcik mera kat
Kem terendak, about 30minit dari situ . sebelum sampai rumah dia, pi minum jup .
esok pagi barulah ayah pi amek aku.

selama 2 tahun aku ulang alik KL, tak pernah lagi salah nek bus .
how come ? maybe ni pengajaran buat aku .
beli tiket guna mesin 0n9, memanglah jimat masa, easy, simple . tapi, mesin tak boleh berckp.
dia tak bagitau pon bus tu tak pi Melaka Sentral . 
niat aku nak lalu Alor Gajah nak teman shezy and mera sepanjang perjalanan tu .
tapi tak sangka pulak jadi macam ni . its okay .
so0 lepas ni kalau nak lebih selamat, baik beli tiket kat kaunter, tnye betul2 pi melaka sentral ke x ?
or driver tu bagi nasihat, len kali, naik Metrobus or Delima , or Mayang Sari . 
bus Mara Liner tak pi Melaka Central .


so , lepas ni kena lebih careful . lagi2 kalau beli tiket guna mesin on9 tu .
kalau kena cam aku tu, malam2, sensorang pulak guano ?
nasib baik mera tergerak hati nak balik Melaka sekali .
fuhh fuhh , alhamdulillah selamat semua :D
ada orang ingt kami lari rumah, duk merempat depan pizza . kehkeh 

orang melaka maybe faham kot tempat2 yang aku tulis kat ats ni ><,
okay laa , just a reminder . take note yup  ;) 
 tata :* 






Sunday, April 7, 2013

aku manusia biasa

haluuu haluuu :*

kadang2 dalam hidup ni, perlukan pengorbanan.
korbankan perasaan , korbankan harta, korbankan segalanya 
semata nak buat orang yang kita sayang bahagia.

tapi pengorbanan tu kadang2 tak dihargai.
mungkin satu hari nanti kau akan sedar jugak .

maafkan aku .
tak dapat nak puaskan hati semua orang.
buat ramai orang terluka.
aku manusia biasa. 
aku bukanlah superwoman.

sorry seems to be the hardest word 

sobs :'(

Thursday, April 4, 2013

the chance



sometimes people will appreciate you only when ur gone .
hargailah peluang yang masih ada , selagi ada kesempatan ini.
sebelum semuanya terlambat .
and before its over .






Wednesday, March 27, 2013

You [!]




deep in my heart :'( .....

i miss you 
model : kak yat 

Tuesday, March 19, 2013

last minit

haluuu haluuu :*

setiap saat berganti minit , 
minit berganti jam , 
masa berlalu meninggalkan aku kesorangan .
sobs :'(

baru aku sedar, aku lagi banyak habiskan masa depan lappy dari study.
kesedaran lambat tiba , membantutkan semangat aku .

esok exam woii !!
sempat baca ke tak , aku tolak ke tepi .
janji aku jawab je esok . 
thanx JPJ, buatkan aku patah semangat harini, dan2 jea sistem nak down harini.
kenapa tak nak down esok kee ? lusa kee ? semalam ke ?
bersusah payah aku bangun awal harini, merempit meredah jammed, terik matahari .
last2 , ni kesudahannya ?
nampaknya Melaka jugak tempat terakhir aku kne tuju. jalan terakhir.

sempat tak sempat baca, 
tido ke tak tido malam ni,
susah ke senang exam nanti, 
dah terlambat aku nak menyesal tak pulun study beberapa hari lepas.
masanya dah tiba .
tawakkal dan usaha last minit pilihan aku .

apa2 pon, selamat maju jaya aku ucapkan pada diri sendiri .

insyaAllah . 

doakan Ummi Athirah Zamri, semoga mendapat keputusan cemerlang dengan ushanya 
yang tak seberapa ini . ameeeeeeennnnn .


bismillahi tawakkaltu 'alallah (:


Friday, March 15, 2013

travel. travel . travel

haluuu haluuu :*

petang jumaat yang tenang , tak panas sangat , tak mendung sangat.
and im alone in my ro0m. selak2 buku, tertido . biasalah, orang takde catalyst ni, sikit2 bosan. 
so, better aku update blog .

aku jumpa pic ni, and it was so0 amazing :O
the albino peacock . 
..................................................................................................................

btw, Alhamdulillah , Allah telah beri keadilan kepada yang tak bersalah .
alhamdulillah , semua telah dibebaskan :')
Allah telah menetapkan saat kematian seseorang itu, bila tiba masanya, takkan 
terlambat atau terlewat sesaat pon . cuma caranya sahaja yang berbeza-beza.
kita yang masih hidup ni, semoga diberi hidayah dan kesempatan nak bertaubat .
sobs :'(

................................................................................................................


then, tengah on9 tadi, aku ternampak 1 page ni kat FB.


wo0ww , so amazing . banyak sangat2 tempat and fenomena menarik dalam dunia ni .
subhanaAllah :')   

then, aku pon start berangan . satu hari nanti, insyaAllah, kalau aku diberi 
kesempatan, peluang,
aku nak explore, nak round the world . arghh , exicited nyee (><,) 



 aku harap 1 hari nanti dapat pi sini . honeymo0n mungkin ?? ;D
bulan 6 ni dah rancang , nak pi island trip lagi. insyaAllah kalau ada rezqi, aku pi laa .
duit je kena kumpul dari sekarang . 


kata orang, hidup ni hanya sekali, so0, kita enjoyy (^^,)V


btw, its soO bored here . 

 #np  -  when i was ur man . tata :*





Thursday, March 14, 2013

143



haluu haluuu :*




heyy , happy 143 friend <3

i LOVE you , kehkeh .

semoga persahabatan kita kekal hingga ke anak cucu . eh ? hoho

friends till jannah :)




Monday, March 11, 2013

#never lose hope

haluu haluu :*

study week dah bermula . 
then , im still empty .

lepas satu, satu dugaan datang .
manusia memang macam ni, tak boleh tengok orang duk 
senang sikit . 

jeles lettew .

btw, setiap manusia takkan diuji dengan ujian yang tak mampu dihadapinya .
pray for my family :'(

may Allah ease our matter .

..................................................................................................




i hate this feeling  . datang time2 nak exam macam ni .
sama macam last sem.

arghhh , kalau lah boleh putar balik waktu . 
i wish to ignore u , so that im no longger suffer like this :'(

please go away .   


                                                                                                 sincerely ,
                                                                                                TYA





Sunday, February 24, 2013

spend voucher here --> Borders

haluu haluuu :*

so0 bored . 

"I'm sitting here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time
I've got nothing to do
I'm hanging around
I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder"

bored like hell =.=

krik krik . lagu lemon tree terngiang-ngiang . selain ber-on9, ber-twitter, aku juga buang masa dengan cuba menghabiskan novel SUMBAT yang baru beli semalam . 


btw, semalam keluar lepak dengan shery, azza , n illiey .
tapi jumpa illiey kejap jea kat Kinokunia . ramai orang , rimas taw .
so aku , shery and azza pon berangkat dulu ke pasar seni , demi nak selesaikan misi aku .

illiey, tya, shery , azza   .     bergambar adalah wajib ><,


auuwwww chak !!


lepas selesai misi kat pasar seni, kami berangkat ke The Garden, Mid Vely . tujuannya nak pi 
Borders ( kedai buku )

tak silap, Popular, MPH , Kinokuniya , kalau nak beli guna voucher buku, kena ikut syarat2 nya .
80% kena buku , then 20% stationary .
tapiii,  kat BORDERS boleh beli semua benda, temasuk alat music, beg, games, or toys .
tapi dengan syarat kena ade 1 buku yang dibeli bersama.
then , then , if spent RM250 or RM150 using that voucher, u will get another voucher from Starbucks, Chattime, bla bla bla . bnyk lagi laa . stationary dia pon best jugak . 
dan yang paling best tak ramai orang pon kat situ .
bebas nak buat apa pon, kami bersila di sebalik rak2 buku, kira harga barang yang dibeli, for make sure 
tak lebih or kurang ;) 
aku tak taw kenapa bernafsu gilaa masuk kedai tuu , rasa macam nak beli semua . tapi sayangnya ,
aku just bwk RM100 voucher . so, kena kawal nafsu :P

azza dan shery pulak sibuk ber-running man kat situ . aku pelik dan kadang2 risau jugak . 
kenapa perlu berlari , bukan ade sesiapa kejar pon . 
sampai beberapa orang ingat kami ni pekerja kedai ni.
lagi2 tengok muka innocent azza, angkat bakul berat2 tu XD . haha

muka pekerja - pekerja BORDERS . lol

so0 , kalau sesiapa berminat nak spent voucher pada benda2 selain buku, aku rasa 
boleh laaa try pi usha BORDERS .
walaupun agak exclusive tempat dia, tapi still lagi murah dari Kinokunia .

psst2, shery beli buku lagi merepek , pasal pornografi  fotografi , sampai RM70.00++ . 
kehkeh . biarlah , dia minat kan . asalkan kau bahagia . 

ehem . ehem . uoll's perasan tak sesuatu ?? perasan tak ?

TOGETHER !!

baju i and shery sameee taw . 
baju together ni siap ada lagu tema . macam dalam cite High School Musical tuu ;)
sweet tak ?? kehkehkeh 


okay, btw, impian aku nak dapat lesen kereta dah tercapai sebelum umor 20 nii .
weeeewit ><,  
aku sangat lucky dapat akak JPJ yang sangat baik, bagitau aku directions sebab aku memang tak hafal jalan

aku lulus JPJ kat Key eLL beb ! Gombak yang penuh sesak dengan kereta n lori !!
congrates to myself .
 kau hado0 ?  kehkeh

Tya in future ;)
next target --->  DIVING license pulak . wo0t w0ot  o.O

bye uoll's  :*




Wednesday, February 13, 2013

2 jam


haluu haluu :*



masih jelas dlm ingatan aku .


sweater biru 
berkasut kulit putih
berseluar putih ESPRIT
beg sandang Adidas di sisi .
murakami kemas di riba .


2jam di dalam train .
bertentangan . aku bagai melihat diriku yang lagi satu .
kau umpama cermin aku  . 
aku terpaku . terkesima sepanjang perjalanan .


siapa kau ??


Wednesday, January 23, 2013

wasting



Setiap malam aku berharap . 
berharap akan diberi peluang .
sekali sahaja .
yup 
sekali ini .
supaya aku dapat kembali ke zaman silam aku .
betulkan segala kesilapan . 
teknikal error .
kekhilafan masa lalu.
supaya aku ada kehidupan yang lebih bermakna sekarang .



masih berharap . 
walaupun didalam mimpi .
:'(





Monday, January 21, 2013

entry sobs :'(

haluuu haluuu :*


nama pon entry sobs , so aku mulakan dengan 
sobs :'(
aku sedang menikmati hari2 indah di rumah ni . kesorangan .
walaupun hanya seminggu , aku tetap bersyukur .
sebab jarang2 kolej aku nak bagi cuti lelama ni .
paling lama pon aku pernah cuti 2 minggu . tu pon cuti sem yuu ~ sobs :'(

okaylah , sebenarnya aku bercuti dalam keadaan serbasalah .
dah lama memendam rasa sebenarnya . sebersalah seumur hidup mungkin ?
kalau uolls jadi aku pon , uolls akan rase benda yang sama . yeah , sama .
sobs again ~

makan tak kenyang 

mandi tak basah 

tidur tak nyenyak 

hurmmmmmm , 

lagi2 bila kesorangan ni , lagi laa duk teringat2 .

dari jauh , ku pohonkan ampun maaf ke Yong Peng . 

what ?? ta pernah dengar Yong Peng ???? biau betul ? 
YONG PENG kat johor laa derrr . kalau ta caye try laa Google map :P keke



so0 SORRYYYYY  !!!!

dengan ni aku wakilkan baby tya innocent untuk memohon seribu satu kemaafan pada seseorang itu .

cenggini ceritanya . . . 
raya Aidilfitri yang lepas , aku dah janji nan seseorang tuuu , nak datang Yong Peng .
nak beraya laa kununnye . beriyee ni taw !
tapi disebabkan masalah tertentuu , pagi2 lagi aku terpaksa cancell kan .
cam tak sedap laaa kalau nak pi berdua nek kete nan nami pi Yong Peng tuu .
kalau area melaka takpe lagi .
yelaaa , sebab melaka kan majuu . *takde kne mengena :P
nami pon bukan ley caye sangat kan . dah laaa *tuttttttttt*  HAHA 

tataw plak mak asila ni dah siap2 kan makanan semua demi nak menyambut kami .
susah payah mak asila bangun pagi2 . masak2 semua :(
tengok2 , harapan hanya tinggal harapan . yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba .
yang memberi harapan teruskan tidurnya .zzZZZ 

tataw pon makanan semua dah siap tersedia . im so0 sorry asila .
kalau aku pon , aku sedih . sebab diberi harapan palsu .
siyezz , kalau taw mak hang dah siap2 masak semua , aku pergii jugak ke Yong Peng tuu .
walaupun aku ta dapat lagi gambaran macam mane Yong Peng tuu . kahkah ><,


so0 , dengan ini aku mintak maaf lagi sekali . 
sebab memberi harapan palsu pada Aidilfitri yang lepas . aku taw , susah untuk kau menerima maaf ini .
sebab harapan yang diberi terlalu berat . dan mungkin terlalu palsu ? :(
hurm . takpaa , nanti aku akan pi mintak maaf jugak kat mak hang okay .
so0 sorry dear .
Aidilfitri akan datang , jemput lah lagii kami yup . insya Allah , harapan kali ni bukan palsu lagi . hee
sambil2 tuu , aku dendangkan skali lagu harapan by Hyperact .

sobs :'( 

sorry my dear asila 


with lots of sorry ,
tya           .


Sunday, January 13, 2013

waiting

haluuu haluuu :*

berhari-harian teperap . disebabkan kewangan tak stabil . 
hanya mampu berjimba depan lappy sambil ber-running man kesorangan .
kadang2 ditemani si shezy .
aku sedang menunggu sebenarnya .
tunggu .
dan terus menunggu .
menunggu sesuatu yang tak pasti .
mana kau ?

ciss , penantian ini suatu penyiksaan tawu ?
.
.
.
.
sebenarnya aku teringin nak ke pantai .
minum coconut shake ,sambil cuci2 mata .
dah lame tak buat sebenarnya. 

yess, i miss da moment :'( sobss . 




Let me tell you that I love youAnd I never wanna wrong youTake my hand babyCome, go through with meLet me tell you that I miss youAnd I never wanna lose youYou're my heart babyMy life is incomplete without you "



pehh , jiwang . kahkah :P bye  #lari tutup muka





Saturday, January 5, 2013

its your birthday ;)

haluu haluu :*

dear yaya
harini genaplah 20 tahun kau hidup kat dunia ni .
kejap je masa berlalu , and were getting older .
but still cute ><, kehkeh 

sorry coz ive got nothing special for u . same like before rite ?
i know , its my bad :(  
nasib baik ada orang yg boleh buat kau bahagia pada hari istimewa ni .
tapii , aku janji , next month , u will get ur present .
as u know , bulan ni memang bulan sesak sedunia kan . 
so0 , aku agak sesaklah pikirkan macam mana aku nak survive lagi bape minggu ni .



dear yaya, 
kadang2 dalam hidup ni kita akan buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang .
biarlah hakikatnya kita tak bahagia pon , asalkan orang yang kita sayang tu bahagia , 
walaupun kita sendiri terluka . apa pun orang nak cakap , just be ur self .

tapii , tapi , tapi ,
macam mana sayang pon , diri sendiri tetap kena utamakan .
sebab manusia berubah . macam mana manusia tu pun , 
dia tetap akan berubah satu hari nanti . janji memang janji , tapi akan datang siapa 
ja yang tahu ?

aku just harap kau bahagia (: 
enjoy our teenage life , sebab peluang tu hanya datang sekali seumur hidup .
and da most important , 
be STRONG like me .
walaupun hakikatnya aku tak kuat pon , skurang2 nya aku ade muscle :P
kehkeh

semoga dengan bertambahnya umur ni , semakin dekatlah diri pada Allah .
semoga menjadi lebih matang , jangan nak wrestling je nan aku . *penat 
nd  be a GOOD muslimah .



sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dihadapinya .
aku taw , ko sangat kuat . 

apa orang nak cakap, biarlah , just be ur self . and people will like u .
kalau orang tak suka pun , biarlah , asalkan ko bahagia :D hee


kek-kek bezday :)



last from me , 


and FRIEND FOREVER  <3

much love , TYA xoxo